AMK: Lesen media sosial kaedah terbaik atasi buli siber

PETALING JAYA: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyambut baik langkah kerajaan menguatkuasa perlesenan platform pengendali media sosial di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Dalam satu kenyataan melalui Pengarah Komunikasinya, Haziq Azfar Ishak langkah ini disokong kerana tindakan ini dapat melindungi kanak kanak daripada jenayah buli, pedofilia dan sebagainya.

Tegasnya, langkah ini tepat memandangkan ketika ini banyak kes yang berlaku melibatkan media sosial termasuk buli siber.

“Seperti sebelum ini, ada seorang adik telah meninggal dunia (akibat buli siber). Apabila berlaku (kematian), pihaknya yang sepatutnya mengambil tanggungjawab adalah penyedia platform media sosial.

“Jadi, saya lihat apabila lesen itu dikuatkuasakan, ia meningkatkan tanggungjawab penyedia media sosial ini untuk lebih bertanggungjawab.

“Mereka (pengendali media sosial) dipertanggungjawabkan (jika apa-apa berlaku) sama ada mahu membenarkan pengguna berniaga atau membuat siaran langsung, kerana media sosial merupakan satu platform baharu,” katanya.

Untuk rekod, pada sidang Parlimen November lalu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan sebanyak 27 kes buli siber berlaku setiap hari sepanjang tahun ini setakat 1 Nonember lalu.

Menurut beliau, angka itu berdasarkan keseluruhan sebanyak 8,339 kes laporan buli siber yang diterima oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia(SKMM) bagi tempoh tersebut.

Untuk rekod, pada 1 Januari lalu SKMM mengumumkan semua perkhidmatan media sosila dan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 558).

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat