Oleh: Hanim Nadia
JOHOR BAHRU: Seramai 3,369 mangsa banjir di negeri Johor ditempatkan di 36 buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 10 pagi ini.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir itu melibatkan 992 keluarga dari lima daerah yang dilanda banjir sejak semalam.
Lima daerah tersebut adalah Kota Tinggi, Kulai, Johor Bahru, Kluang dan Pontian.
Kota Tinggi daerah paling terjejas dengan mangsa banjir meningkat kepada 1,135 penduduk daripada 362 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS.
Sementara itu, diikuti Johor Bahru (719 mangsa), Kulai (540 mangsa), Kluang (528 mangsa) dan Pontian (447 mangsa).
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan tiga sungai masih merekodkan paras bahaya di negeri tersebut.
Katanya, ia membabitkan Sungai Lenik, Batu Pahat; Sungai Kahang, Kluang dan Sungai Sayong di Kampung Siam, Kulai.
Baca juga: