GiatMARA lahir graduan berkualiti – Ahmad Zahid

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa bangga dengan peranan GiatMARA sepanjang 39 tahun ditubuhkan iaitu pada 12 Januari 1986.

Katanya, sejak penubuhannya, GiatMARA berjaya memainkan peranan aktif dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan usahawan berjaya di negara ini.

“232 cawangan di seluruh Malaysia, GiatMARA terus komited dalam memperkasakan bidang latihan kemahiran teknikal dan vokasional yang selaras dengan keperluan industri masa kini.

“Kejayaan GiatMARA melahirkan graduan yang berkualiti mencerminkan dedikasi mereka dalam memastikan setiap pelajar bukan sahaja berdaya saing, tetapi juga bersedia untuk mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing,” katanya menerusi hantaran pada akaun Facebook pada Ahad.

Beliau berkata demikian sempena ulang tahun ke-39 GiatMARA pada hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara turut mendoakan semoga institusi berkenaan terus berkembang pesat, memperkasakan lebih ramai rakyat di negara ini dan menjadi peneraju utama dalam memperkasakan agenda TVET negara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat