Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Setelah dua minggu Ringgit Malaysia (RM) diniagakan dengan kadar peningkatan positif, hari ini dilaporkan mengalami sedikit penurunan berbanding nilai dolar Amerika Syarikat (AS).
Menerusi laporan yang dikongsikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), nilai ringgit yang dibuka pada jam 9 pagi adalah sebanyak 4.5100.
Namun begitu, sewaktu sesi penutupan pada Jumaat lalu, ringgit sudah pun mencecah kepada 4.4945.
Pada masa sama, ringgit menunjukkan pergerakan yang berbeza-beza berbanding mata wang utama yang lain.
Ia melemah berbanding yen Jepun kepada 2.8557/8614 berbanding 2.8461/8497 pada penutupan Jumaat lalu, namun mengukuh berbanding pound British kepada 5.5040/5144 berbanding 5.5296/5364 sebelum ini.
Ringgit juga mencatatkan kenaikan berbanding Eropah kepada 4.6200/6288 berbanding 4.6298/6355 sebelumnya.
Sebaliknya, ringgit menunjukkan penurunan berbanding mata wang ASEAN.
Ia jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.9960/13.0461 daripada 12.9824/13.0043 pada penutupan Jumaat, dan sedikit merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 278.5/279.2 daripada 277.5/278.0.
Ringgit turut susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2881/2948 daripada 3.2843/2888 sebelumnya dan lemah berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.74 berbanding 7.70/7.71 pada penutupan Jumaat lalu.
Baca juga: