Ringgit kekal kukuh, dibuka tinggi berbanding Eropah

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Ringgit Malaysia (RM) terus mengekalkan momentum positif pada sesi pembukaan hari ini.

Menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM), nilai ringgit diniaga pada kadar 4.4950 berbanding 4.4970 pada sesi penutupan semalam.

Selaras dengan peningkatan tersebut, ringgit turut diunjur lebih tinggi berbanding mata Eropah yang hanya mencapai 4.6276/6374 berbanding 4.6364/6405 pada sesi penutupan semalam.

Namun, nilai mata tempatan sedikit jatuh berbanding yen Jepun kepada 2.8768/8831 daripada 2.8656/8685 dan terus melemah berbanding pound British kepada 5.5023/5140 berbanding penutupan Rabu.

Ringgit dilihat mengukuh berbanding dolar Singapura pada 3.2897/2971 daripada 3.2909/2943 pada penutupan Rabu dan lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia pada 275.3/276.0 berbanding 275.4/275.8.

Walau bagaimanapun, ia susut berbanding baht Thailand kepada 13.0022/0388 daripada 12.9503/9682 dan didagangkan stabil berbanding peso Filipina pada 7.67/7.69.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat