FAMA tingkat import kelapa atasi kekurangan bekalan

PETALING JAYA: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengambil langkah proaktif untuk mengatasi kekurangan bekalan kelapa dengan meningkatkan proses import serta pengeluaran ke negara luar.

Menurutnya, Indonesia akan menjadi salah satu negara yang akan mengeksport bekalan kelapa sawit ke Malaysia.

Menurut kenyataan FAMA, langkah itu diambil untuk memastikan bekalan kelapa mencukupi bagi kegunaan domestik, terutamanya menjelang musim perayaan.

“FAMA sedang dalam proses perundingan dengan pembekal baru dan meningkatkan pembelian dengan pembekal sedia ada di Indonesia.

Selain itu, FAMA turut mengambil inisiatif menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai kawasan baharu untuk pengeluaran kelapa yang akan dibawa ke Semenanjung Malaysia.

FAMA menganggarkan sebanyak 500 tan metrik sebulan akan dibawa masuk ke Semenanjung bermula Februari ini.

Katanya, projek itu turut dibantu oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Pertahanan melalui Projek AgroDefence yang memfokuskan penanaman kelapa di tanah milik Kementerian Pertahanan.

“Projek ini akan memanfaatkan tanah yang tidak digunakan secara optimum untuk pertanian bagi meningkatkan pengeluaran domestik kelapa.

“Pada masa yang sama, KPKM mengalu-alukan penyertaan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan sektor swasta untuk menceburi industri ini.

“Para petani dan usahawan yang berminat untuk mengusahakan tanaman kelapa boleh mendapatkan khidmat nasihat teknikal daripada Jabatan Pertanian,” jelasnya.

Anda Mungkin Berminat