Polis buru penjenayah lari dari tahanan

TANGKAK: Seorang penjenayah yang melarikan diri daripada tahanan sah, kira-kira 1.30 tengah hari semalam kini diburu Polis.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt. Roslan Mohd Talib berkata, tahanan lelaki berumur 38 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

“Penjenayah terbabit, Mohd Saifulnizam Zakaria dengan alamat terakhir di No. 122, Kampung Padang Lalang, Tangkak, badan size kecil, kurus dan berkulit gelap dengan tinggi lebih kurang 170 sentimeter.

“Susulan itu polis melancarkan Op Tutup melibatkan semua elemen termasuk unit anjing pengesan K9 di semua pintu keluar masuk daerah ini serta polis yang bersempadan,” katanya menerusi Facebook pada Khamis.

Siasatan dilakukan mengikut peruntukan kesalahan Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun orang ramai yang mempunyai maklumat dan mengenali suspek boleh menyalurkan segera kepada Pegawai Penyiasat kes, Penolong Penguasa Polis (ASP) Sharidathul Aflaha Ismail, 019-2699573.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat