PETALING JAYA: ‘Scammer’ atau penipuan dalam talian menjadikan empat platform sebagai sarang penipuan dalam talian.
Penipuan ini menyaksikan jumlah kerugian mencecah jutaan ringgit, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Tegasnya, empat platform tersebut adalah Facebook, Tiktok, Telegram dan Whatsapp.
“Bagi tahun 2023, jumlah penipuan di Facebook mencecah RM500 juta, Setakat ini jumlah sebenar masih belum diperolehi tetapi secara keseluruhan jumlah itu jauh lebih besar,” katanya di Tumpat, Kelantan selepas merasmikan Program Insan Madani.
Memetik laporan Bernama, Fahmi berkata berdasarkan maklumat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil kini terdapat 14 jenis penipuan di media sosial.
Tambahnya, selain itu terdapat juga jenayah ‘scam’ melalui panggilan telefon dan juga secara bersemuka.
“…populariti empat platform tersebut dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi pendorong utama penjenayah untuk melakukan penipuan, memandangkan ramai pengguna mudah terpedaya,’ katanya.
Untuk mengatasi masalah ini, Fahmi menegaskan bahawa satu kempen kesedaran secara besar-besaran akan dilaksanakan bermula pada peringkat sekolah lagi.
Jelasnya, kempen ini bertujuan menyuntik kesedaran kepada ibubapa dan pelajar tentang penggunaan media sosial bagi mengelakkan jenayah scam.
Menurut Fahmi, ini adalah sebab utama mengapa kerajaan memperkenalkan pelesenan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat kepada pengguna platform.
Baca juga: