WASHINGTON: Donald Trump telah mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-47 Amerika Syarikat pada 20 Januari 2025.
Upacara pelantikan itu berlangsung di Gedung Kongres AS (US Capitol) di Washington, D.C., di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung, John Roberts.
Trump mengangkat sumpah di hadapan ribuan hadirin termasuk ahli keluarga, bekas Presiden AS dan selebriti terkenal.
Trump yang kini berusia 78 tahun menjadi presiden tertua dalam sejarah AS yang mengangkat sumpah jawatan.
Beliau juga merupakan presiden kedua yang dipilih untuk dua penggal tidak berturut-turut selepas Grover Cleveland.
Selepas majlis pelantikan, Trump dijadualkan menyampaikan ucapan kepada penyokongnya di Arena Capital One dan menghadiri perarakan Presiden yang menampilkan pasukan tentera, pancaragam dan kenderaan hias.