Ulasan | Kecam DAP di Manjoi ternyata motif politik

Oleh: Amin Ahmad

KITA dengar ada parti mengecam kerajaan Perak mengenai pengecilan penjualan arak di daerah Manjoi – daerah majoriti besar Melayu. 

Anehnya, sasaran utama kritikan ini ialah kepada DAP. Ia jelas bermotifkan politik. 

Kita tahu parti ini masih bergelut untuk kembali menjadi parti utama masyarakat Cina yang beralih kepada DAP khususnya sejak 2008. 

Dengan kritikan tersebut mereka berharap masyarakat Cina akan marah kepada DAP sebab tidak mempertahankan hak orang bukan Islam untuk minum arak. Dalam kata lain parti itu mahu mempamerkan dirinya sebagai parti Cina yang lebih peka dan perihatin terhadap masyarakat Cina. 

Saya fikir parti itu harus sedar beberapa perkara: 

Kemerosotan prestasi mereka sejak 2008 bukan berpunca daripada DAP. Mereka yang lama dalam pentadbiran kerajaan sejak dulu dilihat semakin gagal menjadi rakan pembangunan seimbang dalam kerajaan; 

Hak budaya masyarakat Cina jauh lebih luas dan besar. Lekeh sangat jika hendak menunggang isu boleh minum arak ini. Kenapa? Saya percaya parti-parti lain termasuk PN yang sedang giat memancing mereka keluar daripada kerajaan pun tidak berani menyokong mereka dalam hal ini. 

Carilah isu lain yang lebih bermanfaat. Ramai pemimpin parti itu saya kenal bagus dan hebat juga. Jangan nampak terdesak untuk kekal relevan.

***Penulis adalah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat