Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Ringgit Malaysia masih mengekalkan nilai jualan yang tinggi dan berdaya saing berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang didagangkan hari ini.
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), ringgit kini sudah mencecah 4.4335.
Angka itu sememangnya tinggi berbanding sesi penutupan yang berlaku pada hari semalam, ia sebanyak 4.4340 sahaja.
Pada dagangan awal juga, ringgit turut mencatatkan kenaikan berbanding mata wang utama.
Ia meningkat terhadap euro kepada 4.6144/6316 berbanding 4.6313/6376 pada penutupan Rabu, melonjak berbanding pound Britain kepada 5.4590/4793 berbanding 5.4822/4896.
Ringgit juga turut mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8336/8445 berbanding 2.8480/8522.
Ringgit juga didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding baht Thailand kepada 13.0689/1249 daripada 13.1106/1345 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2710/2836 daripada 3.2781/2828.
Bagaimanapun, ringgit hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 272.3/273.4 berbanding 272.3/272.8 sebelumnya, dan kekal stabil berbanding peso Filipina pada 7.58/7.61 berbanding 7.58/7.59 pada penutupan Rabu.
Baca juga: