Oleh: Kamilia Ali
KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 rumah dipercayai dijadikan stor simpanan barangan jualan runcit di Taman Batu View, dekat sini diserbu dalam operasi tindakan penguatkuasaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) padi tadi.
Agensi itu memaklumkan Tindakan Khas Pindah dan Alih Barangan Perniagaan mendapati rumah berkenaan dijadikan stor simpanan bagi barangan jualan runcit.

“12 rumah kediaman yang dijadikan stor simpanan dan barang-barang jualan melibatkan sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan runcit tanpa kebenaran pihak berkuasa.
“Rumah kediaman ini telah dikesan membuat penukaran kediaman kepada stor simpanan tanpa Perintah Pembangunan menerusi kesalahan di bawah Seksyen 26, Akta Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 1982,” jelasnya menerusi satu hantaran Facebook DBKL hari ini.
Susulan itu, kesemua barangan dan peralatan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, barangan am, troli, bakul dan lain-lain peralatan yang disita telah dihantar ke Stor Sitaan DBKL Taman Miharja, Cheras Kuala Lumpur untuk rekod dan dokumentasi.
Operasi dan tindakan khas ini akan diteruskan dari masa ke semasa dan DBKL mengingatkan mana-mana pemilik premis atau kediaman agar mematuhi syarat-syarat kegunaan tanah yang telah diluluskan.
Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/.
Baca juga: