Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Selaras perkembangan ekonomi Malaysia, ringgit memperlihatkan kadar pertumbuhan sangat positif dan diunjur tinggi berbanding nilai mata wang utama seperti Yen dan Euro.
Menerusi laporan yang dikongsikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar jam 10.25 pagi hari ini, ringgit dibuka tinggi pada kadar 4.3710 daripada sesi penutupan yang dibuat pada Jumaat lalu, iaitu 4.3750.
Ia juga tinggi berbanding yen Jepun yang dibuka pada 2.8066/8119 daripada 2.8115/8149 pada Jumaat lepas.
Di Eropah juga turut dilihat rendah dengan kadar pembukaan sebanyak 4.5747/5831 daripada 4.5911/5964, pada sesi penutupan yang dibuat pada minggu lalu.
Dalam pada itu, nilai wang tempatan juga turut diunjur meningkat di peringkat negara-negara ASEAN.
Sepertimana di negara Thailand, ringgit kekal kukuh berbanding baht kepada 12.9696/13.0037 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2411/2476.
Ia juga tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.49/7.51 daripada 7.50/7.51.
Bagaimanapun, kadar ringgit tidak memiliki sebarang perubahan berbanding rupiah di Indonesia kepada 270.2/270.8 daripada 270.5/270.9 pada Jumaat lepas.
Baca juga: