Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Ringgit Malaysia (RM) menunjukkan prestasi yang kukuh, mengekalkan kadar pembukaan yang tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM), nilai ringgit dibuka pada kadar 4.3750 sekitar pukul 9:30 pagi yang lebih tinggi daripada sesi penutupan semalam pada nilai 4.3760.
Selain itu, ringgit turut mencatatkan prestasi yang positif berbanding mata wang utama lain hari ini.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8249/8289 daripada 2.8313/8357 semalam serta meningkat berbanding euro kepada 4.5693/5750 daripada 4.5900/5968.
Ringgit juga melonjak berbanding pound Britain kepada 5.4508/4577 daripada 5.4643/4724.
Bagi mata wang ASEAN, ringgit turut menunjukkan prestasi yang bercampur-campur.
Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9045/9302 daripada 12.9840/13.0110 pada Isnin serta meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2424/2470 daripada 3.2518/2569.
Walau bagaimanapun, ringgit sedikit merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 270.5/270.9 berbanding 270.6/271.0.
Ringgit kekal stabil berbanding peso Filipina pada 7.48/7.50.