Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Ringgit Malaysia menunjukkan kadar penurunan yang agak tinggi pada sesi pembukaan hari ini.
Seperti perkongsian Bank Negara Malaysia (BNM), ringgit setakat jam 1.09 tengah hari, telah berada pada kadar 4.4950.
Nilai tempatan itu telah menurun sebanyak 0.0165, iaitu dibuka pada 4.4785, pada sekitar jam 9 pagi ini.
Dalam pada itu, nilai ringgit yang didagangkan di peringkat mata wang utama iaitu di Eropah dan juga Britain telah menunjukkan kadar yang positif.
Seperti di Eropah, nilai ringgit telah meningkat kepada 4.5878/6067 daripada 4.6247/6299 pada Jumaat lepas.
Ia juga turut naik berbanding pound kepada 5.5041/5268 daripada 5.5336/5398.
Bagaimanapun, ringgit jatuh berbanding yen Jepun kepada 2.8819/8942 daripada 2.8798/8832.
Sementara itu, nilai mata wang ASEAN itu telah menunjukkan kadar campuran.
Berbanding dolar Singapura diunjur positif kepada 3.2726/2868 daripada 3.2854/2896 pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.1535/2187 daripada 13.2274/2498 sebelum ini.
Sebaliknya, ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 274.6/275.9 daripada 273.2/273.6 pada Jumaat lepas dan kekal merosot berbanding peso Filipina kepada 7.67/7.71 daripada 7.63/7.64.
Baca juga: