Ringgit kembali tinggi berbanding dolar AS


Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Setelah mengalami penurunan pada sesi pembukaan semalam, Ringgit Malaysia (RM) kembali diniagakan tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, nilai ringgit kini berada pada kadar 4.4500.

Ia meningkat berbanding berbanding dolar AS yang ditutup pada kadar 4.4710/4800 semalam.

Ringgit diperdagangkan kebanyakan rendah berbanding mata wang utama.

Bagaimanapun, ia mencatatkan peningkatan berbanding yen Jepun, dengan nilai bertukar kepada 2.8660/8792 berbanding 2.8838/8898 pada hari sebelumnya.

Sebaliknya, ringgit merosot berbanding euro, kepada 4.5969/6175 daripada 4.5747/5839, dan berkurangan berbanding pound kepada 5.5340/5589 berbanding 5.4966/5077 sebelum ini.

Mata wang tempatan juga diperdagangkan kebanyakan lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding peso Filipina, mencatatkan kadar 7.58/7.62 berbanding 7.62/7.64 semalam.

Walau bagaimanapun, ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2725/2877 daripada 3.2709/2777, rendah berbanding baht Thailand pada 13.1424/2131 daripada 13.1345/1687.

Ia juga turut merosot.rupiah Indonesia kepada 270.5/271.9 berbanding 271.1/272.5 sebelumnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat