Kerajaan negeri komited bantu rakyat untuk jadikan Johor pusat ‘food bank’

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi optimis untuk menjalin kerjasama dengan kerajaan pusat bagi mewujudkan tempat penyimpanan makanan atau food bank sebagai salah satu langkah mengatasi isu keterjaminan makanan.

Kata Onn Hafiz, pihaknya akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam masa terdekat.

“Saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Mohamad Sabu pada minggu depan untuk membincangkan perkara ini.

“Kerajaan negeri akan berusaha dengan kerajaan pusat supaya Johor dijadikan food bank,” katanya pada sidang media pada Khamis.

Tambahnya, pemimpin dari pelbagai peringkat juga perlu turun padang bagi memantau dan memastikan isu bekalan makanan dapat diatasi.

“Minggu ini saja Program Jualan Rahmah diadakan di 16 lokasi dan akan diadakan secara berterusan merangkumi kawasan dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun parlimen.

“Kita memahami kos sara hidup harga barang naik membabitkan semua rakyat dan pelbagai usaha dijalankan bagi memastikan kesusahan rakyat akan terus terbela.

Sebelum ini beliau menjunjung keprihatinan Sultan Johor yang mengurniakan 10,000 kampit beras kepada golongan memerlukan dan sumbangan seterusnya juga akan disalurkan.

Anda Mungkin Berminat