KOTA TINGGI: Sebuah syarikat terkemuka, Risda Estates Sdn. Bhd., didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor, hari ini setelah seorang pekerjanya maut dalam satu insiden tragis.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tuan Hayda Faridzal Abu Hasan di mana syarikat berkenaan telah dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 kerana gagal mengenalpasti hazad, menaksir risiko dan mengawal risiko (HIRARC) bagi aktiviti menyelenggara pam air di kolam tadahan air.
“Sehingga mengakibatkan kemalangan maut kepada pekerjanya pada 10 November 2022,” menurut kenyataan itu.
Manakala, siasatan mendalam diketuai oleh Pegawai Penyiasat JKKP Johor, Amirah Mohd Zuber dan Suhaiza Basri, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JKKP Johor, Zuraidi Hanafi.
Baca juga: