PETALING JAYA: Generasi masa kini khususnya anak muda, perlu sedar bahawa pendekatan diplomasi yang bijak dan berstrategi penting untuk masa depan negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika berucap pada Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
dalam menarik sokongan Sabah dan Sarawak bagi menyertai pembentukan Malaysia.
“Saya zahirkan penghargaan terhadap sumbangan besar beliau dalam menuntut kemerdekaan Malaya dan membentuk Malaysia.
“Menghimbau negarawan atau tokoh itu bukan sahaja mengulangi kenyataan atau fakta sejarah semata-mata sebaliknya perlu diselit elemen kefahaman tentang erti perjuangan, pengorbanan dan kepentingan perpaduan kepada negara.
“Hari ini kita bertuah kerana mewarisi kepimpinan Almarhum Tunku yang berteraskan toleransi, keadilan dan kasih sayang hatta telah membentuk asas yang kukuh kepada perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya,” kongsinya di Facebook pada Selasa.
Anwar turut menasihati bakal pewaris negara untuk mengangkat semangat kesatuan dalam menjulang martabat dan maruah Malaysia sebagai negara yang maju dan makmur.








