INDIA: Mahmood Akram, seorang remaja berusia 19 tahun dari India telah mengejutkan dunia dengan menguasai 400 bahasa sambil melanjutkan pelbagai ijazah universiti.
Perjalanan linguistiknya bermula pada usia awal dibawah bimbingan ayahnya, seorang pakar linguistik dan pada usia enam tahun, beliau telah mengatasi pengetahuan mentornya.
Pada usia lapan tahun, Akram mencipta rekod dunia sebagai jurutaip pelbagai bahasa termuda dan pada usia 12 tahun, beliau menarik perhatian ahli linguistik Jerman dengan penguasaan 400 bahasa.
Didorong oleh minatnya, Akram mula mengajar bahasa melalui YouTube pada usia 14 tahun dan telah menarik perhatian penonton global.
Menjelang tahun 2024, beliau telah mengadakan bengkel bahasa di Myanmar, Kemboja, Thailand dan Indonesia yang berkongsi kepakarannya dengan pelajar di seluruh dunia.
Akram kini sedang melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang termasuk Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Kesusasteraan Inggeris dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Animasi di Universiti Alagappa, Chennai serta pengajian linguistik di Open University, UK.
Walaupun sibuk dengan komitmen akademik, beliau tetap berdedikasi untuk memperbaiki penguasaan bahasa-bahasa yang dipelajarinya.
Perjalanan Akram terus menginspirasi ahli linguistik, pendidik dan pelajar di seluruh dunia, membuktikan bahawa dedikasi dan minat boleh meruntuhkan halangan dalam pendidikan dan pembelajaran.