Setiausaha Agung, Bendahari FAM kekal

PETALING JAYA: Datuk Noor Azman Rahman terus memegang jawatan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal baharu 2025-2029, manakala Datuk Ismail Karim kekal sebagai Bendahari FAM.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa.

Untuk rekod, Noor Azman yang telah memegang peranan sebagai Setiausaha Agung sejak 2022 telah bekerjasama dengan bekas Presiden, Tan Sri Hamidin Mohd Amin.

Menurut hantaran FAM di Facebook, mesyuarat julung kali itu diadakan selepas kongres kali ke-61 yang dipengerusikan oleh Datuk Mohd Joehari dan dihadiri oleh kesemua baki 16 orang Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM lain.

Pada mesyuarat tersebut, Mohd Joehari mengumumkan nama pengerusi dan timbalan pengerusi bagi setiap jawatankuasa tetap dan jawatankuasa ad-hoc untuk penggal baharu.

Senarai penuh pengerusi dan timbalan pengerusi bagi setiap jawatankuasa tetap dan jawatankuasa ad-hoc boleh dilihat menerusi laman sesawang FAM di pautan berikut https://fam.org.my/news/siaran-media-presiden-fam-umum-pelantikan-pengerusi-timbalan-pengerusi-jawatankuasa-tetap-0.

Anda Mungkin Berminat