Siti Nurhaliza rai 30 tahun dalam industri, ada galeri khas peminat!

Oleh: Aliyaa Azmi

KUALA LUMPUR: Legenda muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza (TokTi) kini ada ‘muzium’ sendiri!

Sempena 30 tahun beliau dalam industri seni, satu galeri khas diwujudkan di Pavilion Kuala Lumpur yang menampilkan koleksi busana pentas dan trofi kemenangan.

Apa yang menariknya, peminat berpeluang melihat dengan mata sendiri busana ikonik yang pernah digayakan TokTi termasuk gaun yang dipakai semasa konsert bersejarahnya di Royal Albert Hall, London lebih dua dekad lalu.

Bayangkan, baju yang pernah menyaksikan laungan “standing ovation” dari peminat antarabangsa!

Bukan itu sahaja, deretan trofi berprestij yang pernah dimenangi juga dipamerkan, ia membuktikan kehebatan dan pengaruh Siti dalam industri seni.

Ini peluang terbaik untuk ‘TokTi Lovers’ mengenang kembali perjalanan luar biasa penyanyi nombor satu negara itu.

Galeri itu bukan sekadar pameran fesyen dan trofi semata-mata tetapi juga satu ‘time capsule’ yang membawa peminat menelusuri kisah kegemilangan beliau.

Dari ‘Cindai’ hingga ke ‘Menjaga Cintamu’, setiap helaian busana menyimpan memori tersendiri.

Pasti ramai peminat yang tak sabar nak datang dan melihat sendiri koleksi eksklusif ini.

Siapa tahu, mungkin TokTi sendiri akan muncul secara kejutan untuk beramah mesra dengan pengunjung?

Jadi, jangan lepaskan peluang ini! Kalau anda membesar dengan lagu-lagu Siti Nurhaliza, ini pengalaman yang wajib ada dalam ‘wishlist’ tahun ini.

Anda Mungkin Berminat