PM ucap takziah tragedi gempa di Myanmar dan Thailand

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakam ucapan takziah di atas bencana gempa yang melanda Myanmar tengah Thailand bahagian utara.

Beliau berkata tragedi yang mengorbankan jiwa dan kerosakan harta benda di Mandalay, Bangkok dan kawasan berdekatan sangat menghibakan bagi jiran terdekat seperti Malaysia.

“Laporan kerosakan bangunan, penduduk terperangkap dan lain-lain sangat menyedihkan.

“Mewakili rakyat Malaysia, saya merakamkan sedalam-dalam ucapan takziah kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang. 

“Malaysia berdiri teguh sebagai negara jiran dan ahli ASEAN,” katanya menerusi media sosial pada Jumaat.

Anwar turut berkata akan menghulurkan sebarang bantuan kemanusiaan seperti yang diperlukan.

Petang tadi, gegaran 7.7 magnitud melanda beberapa bahagian di Thailand dan Myanmar sehingga meragut nyawa.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat