Bincang isu serantau – Anwar terima kunjungan Aidilfitri Prabowo

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Aidilfitri daripada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto petang tadi. 

Anwar berkata kedatangan Prabowo itu mengeratkan lagi silaturahim dalam suasana lebaran yang penuh keberkatan. 

“Kami berbincang mengenai isu-isu serantau yang penting, termasuk dampak tarif baharu yang diterapkan Amerika Syarikat terhadap negara-negara ASEAN.

“… selain menyentuh usaha dan tindakan bersama dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat di Myanmar yang terkesan akibat bencana gempa baru-baru ini,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Ahad malam.

Beliau turut mengharapkan semangat Aidilfitri terus memperkuat hubungan persaudaraan dan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia atas nama keamanan dan kesejahteraan serantau. 

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat