Nas Ahmad meninggal dunia

PETALING JAYA: Bekas penerbit dan wartawan program hiburan Melodi, Nas Ahmad dilaporkan meninggal dunia, pada pagi Khamis.

Nas atau nama sebenar, Md Nasir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun kira-kira jam 10 pagi.

Berita sedih itu dikongsikan oleh anak dan menantunya menerusi panggilan telefon kepada media.

Sementara itu, pengacara Fedtri Yahya turut berkongsi berita duka itu di Instagram (IG) miliknya, sebentar tadi.

“Buat yang mengenali wartawan Nas Ahmad beliau telah meninggal dunia pagi tadi. Jenazah Allahyarham kini sedang berada di Hospital Sungai Buloh, Selangor,” katanya.

Sejak Januari 2023, Nas Ahmad berdepan ujian kesihatan apabila dilaporkan menghidap penyakit jantung dan memerlukan kos lebih RM30,000 untuk pembedahan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat