Keputusan undi semula PKR: Chua Wei Kiat rampas kembali Ketua Cabang Selayang

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) mengumumkan keputusan pemilihan enam cabang PKR yang berlangsung pada hari ini.

Sebanyak enam tersebut iaitu Selayang, Jempol, Pasir Salak, Semporna, Silam dan Besut mengadakan pemilihan semula bagi jawatan tertentu seperti Ketua Cabang, Ketua Wanita, Ketua AMK dan AJK Cabang.

Dalam keputusan yang ditandatangani oleh Pengerusi JPP, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa itu memberikan keputusan baharu iaitu

Bagi jawatan Ketua Cabang Selayang, Chua Wei Kiat menang jawatan itu dengan 1,945 undi diikuti Wan Ibnul Bahar Wan Ismail (1,693 undi), manakala seorang lagi calon hilang kelayakan bertanding.

Sebelum ini, Wei Kiat gagal dalam percubaan untuk memimpin Cabang Selayang apabila tewas dalam pertembungan tiga penjuru yang berlangsung pada Sabtu lalu.

ADUN Rawang itu pernah mendakwa terdapat gerakan terancang membawa masuk ahli parti lain bagi mempengaruhi pemilihan Cabang PKR Selayang.

Untuk Ketua Cabang Jempol pula, ia dimenangi Manivanan Gowin dengan 571 undi berbanding tiga calon termasuk seorang lagi yang hilang kelayakan bertanding.

Berita lanjut menyusul…

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat