PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli tetap menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di Putrajaya semalam, meskipun sedang bercuti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kehadiran Rafizi ketika ditemui selepas program Temu Anwar bersama pelajar IPTS.
“Semalam (Rafizi) hadir… kita bincang keputusan, baik Alhamdulillah,” katanya ringkas.
Cuti Rafizi sebelum ini mencetuskan spekulasi menjelang pencalonan Pemilihan Keadilan 2025, namun Anwar menegaskan bahawa perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu.
Difahamkan, Rafizi bercuti sehingga 31 Mei, sementara proses pemilihan parti sedang berlangsung.
Pencalonan peringkat pusat dijadualkan Khamis dan Jumaat ini, dengan pemilihan parti yang sepatutnya berlangsung hujung minggu ini ditangguhkan beberapa hari.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menafikan spekulasi bahawa penangguhan itu ada kaitan dengan cuti Rafizi.