Feminin ubati rindu peminat di konsert genKRU

BAGAIKAN histeria satu Axiata Arena Bukit Jalil tatkala Feminin muncul selepas trio popular adik beradik KRU menghabiskan beberapa lagu.

Dengan intro muzik ‘Untukmu’ sahaja pun, sudah membuatkan peminat bangun berdiri dan turut ‘sing-along’ sambil mengubati kerinduan menatap wajah As, Watie dan Along menyanyikan semula lagu berhantu era 90an itu.

Biarpun tanpa beberapa anggota seperti Yatie dan Deq Nor, namun ia tidak mematahkan semangat para penonton bagi terus menjadikan tempat duduk makin hangat dengan mengimbau kenangan zaman persekolahan.

Tatkala masuk ‘chorus’, KRU yang juga pencipta ‘Untukmu’ muncul bersama-sama bagi merancakkan lagi suasana yang penuh ‘mellow’ di hari terakhir konsert genKRU itu.

Selain itu, ramai juga yang menyatakan tidak puas hati kerana hanya satu lagu dinyanyikan kerana penampilan terakhir Feminin adalah pada tahun 1997, bayangkan selama 28 tahun mereka menyepikan diri!

Malaysia Bangkit yang berada di situ juga turut mendengar penonton yang mahu meminta Feminin turut mengadakan konsert khas untuk generasi mereka.

“Kalaulah ada konsert Feminin memang aku ‘support’ habis-habisan, maklumlah dulu sekolah menengah memang takda duit dan mak tak bagi,” kata Syafika dari Putrajaya.

“Membesar bersama Feminin, tiru gaya rambut bob, subang besar, baju rambu-ramba antara kenangan yang sangat indah untuk dikenang. Feminin memang ‘trendsetter’ untuk remaja 90an,” kata Hani lagi yang turun dari Kedah bersama suaminya semata-mata mahu menyaksikan sendiri kumpulan wanita itu beraksi.

Untuk rekod, konsert genKRU mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR) kerana penganjuran konsert selama empat hari berturut-turut, menjadikan KRU artis tempatan pertama mencapai kejayaan itu.

MBOR memberi pengiktirafan kepada KRU kumpulan legenda tanah air yang dianggotai Datuk Norman Abd Halim, Datuk Yusry dan Edry bagi penganugerahan Most Show in A Single Concerts Series (Persembahan terbanyak dilakukan dalam satu siri konsert).

KRU mempersembahkan konsert selama empat malam pada 3 dan 4 Mei diikuti Sabtu serta malam tadi.

MBOR memberi pengiktirafan kepada KRU kumpulan legenda tanah air yang dianggotai Datuk Norman Abd Halim, Datuk Yusry dan Edry bagi penganugerahan Most Show in A Single Concerts Series (Persembahan terbanyak dilakukan dalam satu siri konsert).

KRU mempersembahkan konsert selama empat malam pada 3 dan 4 Mei diikuti Sabtu serta malam tadi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat