Azmizam Tawar Diri Rebut Jawatan MPP PKR, Tegas Sokongan Terhadap Nurul Izzah

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri bakal mencalonkan diri untuk merebut jawatan barisan Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) buat sesi 2026-2028 kali ini.

Azmizam berkata, misi beliau pada jawatan MPP buat parti itu pada kali ini adalah mahu memanfatkan segala pengalamannya ketika menjawat sebagai ADUN Pelabuhan Klang dan Ketua Cabang Klang di dalam jawatan MPP tersebut dalam memperkasakan barisan jentera-jentera parti PKR.

“Saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan ini kerana mahu berkongsi pengalaman bagaimana untuk memastikan jentera-jentera yang ada di kawasan parti (PKR) dapat diperkasakan lagi,” katanya kepada Malaysia Bangkit seusai menghadiri program ‘Temu Rapat Akar Umbi’ bersama Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Aminuddin Shari di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Klang mahu memastikan hubungan silaturrahim antara kalangan umbi dan anggota parti turut erat dan berdiri teguh bersama pimpinan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadirnya beliau di program terbabit adalah untuk mendukung sepenuhnya pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden yang seterusnya di dalam PKR.

Kata beliau yang turut menepis sekeras-kerasnya Nurul Izzah Anwar dihidangi dengan layanan ‘Nepotisme’ dek kerana berbintikan Anwar Ibrahim.

Tegas beliau, Nurul Izzah secara realitinya berdiri di atas kakinya sendiri dan tidak pernah mendapat apa-apa lantikan secara ‘percuma’ di dalam PKR.

“Saya tak nampak beliau dari sudut nepotisme, beliau bertanding jawatan di atas kakinya sendiri.

“Proses pemilihan jawatan dipilih sendiri oleh anggota parti dan akar umbi, beliau ada nilai ketokohan, komitmen, idealisme serta gagasan perjuangan sejal beliau masih muda lagi sehingga kini,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat