Anwar Dijangka Rasmi Pejabat Baharu PKR Langkawi Petang Ini

LANGKAWI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Langkawi mengukuhkan kehadirannya di peringkat akar umbi dengan pembukaan pejabat baharu yang akan dirasmikan oleh Presiden merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis perasmian dijadualkan berlangsung pada pukul 4.30 petang ini di Langkawi City, Mukim Kuah.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Nurin Aina Abdullah, pembukaan pejabat itu mencerminkan komitmen parti dalam memperkasakan perkhidmatannya kepada rakyat khususnya di kawasan Parlimen Langkawi.

“Pimpinan serta aktivis PKR, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan majlis ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Anda Mungkin Berminat