DBKL Padam Contengan Vandalisme, Seru Warga Hargai Harta Awam

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memadam kesan contengan vandalisme di beberapa kawasan sekitar ibu kota dalam usaha memelihara imej bandar raya dan memastikan kelestarian persekitaran awam.

Antara lokasi terlibat ialah Persiaran KLCC, laluan pejalan kaki Lalaport @ Pudu, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Laut yang dikenal pasti tercemar akibat perbuatan vandalisme.

Menurut kenyataan, tindakan itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan Kuala Lumpur kekal bersih, selamat dan menarik, lebih-lebih lagi menjelang penganjuran ASEAN 2025 di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah.

“Vandalisme bukan satu bentuk ekspresi seni, sebaliknya ia mencacatkan pemandangan serta mencemar imej bandar raya. Harta awam bukan tempat melepaskan perasaan, tetapi amanah bersama yang perlu dipelihara,” menurut pihaknya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, DBKL menyeru orang ramai agar menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab
Itu dan bersama memainkan peranan sebagai warga prihatin demi menjaga keindahan dan keharmonian ibu kota.

Kempen ini turut membawa mesej bahawa bandar yang cantik dan berdaya huni bermula daripada sikap warganya sendiri.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat