Karnival Al-Falah MADANI Bersama PM, Tampil Ustaz Abdul Somad, Wadi Annuar

KUANTAN: Sempena sambutan Maal Hijrah tahun ini, orang ramai dijemput memeriahkan Karnival Al-Falah MADANI bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Acara ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Jun 2025 di Masjid Beserah, Kuantan.

Karnival ini bakal menampilkan tokoh agama terkemuka dari dalam dan luar negara bagi mengisi slot rohani yang dijadualkan sepanjang program.

Antara penceramah yang bakal hadir ialah Ustaz Abdul Somad dari Indonesia, Ustaz Haris Ismail (PU Haris), Ustaz Wadi Annuar serta Timbalan Mufti Pahang, Datuk Ustaz Badli Shah.

Sebagai inspirasi kepada Muslimah, usahawan dan selebriti terkenal tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor turut menyertai program sebagai ikon motivasi.

Selain pengisian rohani, pelbagai aktiviti komuniti disediakan bagi menarik minat pengunjung.

Antaranya Jualan Rahmah yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga berpatutan dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Penganjur menjemput masyarakat Kuantan dan kawasan sekitar untuk hadir beramai-ramai bagi menyemarakkan sambutan tahun baharu Islam dengan semangat ukhuwah, keimanan dan kekeluargaan.

Maklumat lanjut serta pengumuman susulan dijangka dikongsi dalam masa terdekat.

Anda Mungkin Berminat