JERUSALEM: Pergolakan udara antara Israel dan Iran kini memasuki hari keenam, dimana kedua-dua negara melancarkan serangan peluru berpandu pada pagi Rabu baru-baru ini.
Memetik laporan berita antarabangsa Reuters, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tampil mendesak Iran untuk menyerah tanpa sebarang syarat.
Menerusi satu kenyataan di ‘Truth Social, Trump memberi amaran bahawa kesabaran Washington terhadap Iran semakin menipis.
Trump memuat satu kenyataan berbunyi, “Menyerah tanpa syarat. Kami tahu dengan tepat di mana ‘Pemimpin Tertinggi’ itu bersembunyi. Kami tidak akan ‘menghapuskannya’… sekurang-kurangnya belum lagi. Kesabaran kami semakin menipis.” katanya.
Difahamkan kenyataan yang bercampur baur beserta nada yang tidak menentu itu turut menambah kekeliruan kepada dunia tentang apa maksud sebenarnya yang mahu disampaikan oleh Trump.
Samada mesej itu merupakan ugutan ketenteraan AS atau pendekatan diplomatik yang mana kebiasaan dunia mengetahui bahawa Trump sering mempunyai dasar luar yang tidak dapat dijangka.
Manakala, Israel pula memaklumkan terdapat dua gelombang peluru berpandu dari Iran telah dilancarkan ke arah wilayahnya dalam tempoh dua jam awal pagi.
Letupan dilaporkan kedengaran di ruang udara Tel Aviv.
Pihak berkuasa Israel turut memaksa penduduk di kawasan barat daya Tehran untuk berpindah sebagai persiapan kepada serangan udara yang menyasarkan kemudahan ketenteraan Iran.
Laporan media Iran pula menyatakan Israel sedang melancarkan serangan ke atas sebuah universiti yang dikaitkan dengan Pengawal Revolusi Iran di timur Tehran.
Pada masa yang sama, Pejabat Pengarah Perisikan Negara AS mengesahkan bahawa Iran memiliki jumlah peluru berpandu balistik terbesar di Timur Tengah.
Iran menegaskan bahawa sistem peluru berpandu tersebut adalah komponen penting dalam pertahanan negara dan sebagai kuasa balas terhadap ancaman dari AS, Israel serta negara serantau lain.
Baca juga:








