NGO gesa PDRM siasat Yusoff Rawther terkait dakwaan ejen Mossad Israel

Oleh: Tyah Helmi

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat terhadap bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan menjadi alat perkakas dan agen Mossad kepada Israel.

Menurut Ahli Sekretariat Nadi Gemilang Amal, Dzul Hilmi Zainol, pihaknya bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain membuat laporan polis itu bagi menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk segera melaksanakan satu siasatan terhadap Yusoff Rawther susulan kenyataan terbukanya pada 2017 yang menyokong Israel dan menolak hak Palestin ke atas Baitul Maqdis.

“Kemudian ada pula di kalangan rakyat Malaysia (Yusoff Rawther) yang menyatakan sokongan terhadap negara laknatullah (Israel) itu sendiri, yang menyatakan sokongan dengan begitu tegas sekali tanpa segan silu, tanpa rasa malu yang menyatakan sokongan terhadap negara laknatullah itu.

“Ini satu perkara yang memalukan, jadi tujuan hari ini kami bersama dengan lima ke enam NGO yang lain, hadir beramai-ramai ingin PDRM mengambil satu tindakan siasatan terhadap Yusuf Rawther bahawa adakah beliau sebenarnya merupakan agen mossad kepada negara laknatullah (Israel) itu yang dengan tegasnya menyatakan sokongan kepada negara itu,” katanya.

Dalam nada tegas Dzul Hilmi berkata, rakyat Malaysia sudah sekian lama berhempas pula, bermandi air mata demi menyatakan bahawasanya negara Israel tidak patut diwujudkan.

Namun katanya, terdapat golongan yang selama ini melaungkan bahawa mereka adalah pejuang agama Islam, memartabatkan maruah bangsa dan negara telah berpaling tadah dan menzahirkan sokongan mereka kepada Yusoff Rawther.

(Mereka) itu tidak seharusnya menyatakan sokongan terhadap negara dan laknatulaah (Israel) tersebut.

“Jadi pihak PDRM hari ini kami mohon untuk nyatakan dengan tegas lakukanlah siasatan dengan tuntas bahawasanya Yusoff Rawther. Adakah beliau merupakan agen kepada mossad,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media ‘Laporan Polis kepada Yusoff Rawther’ di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Yusoff Rawther dalam satu kenyataan pada tahun 2017 dengan bangganya menyatakan bahawa beliau sebagai ‘One Malaysian, Standing with Israel,”.

Dalam pada itu, Yusoff turut didakwa menolak hak Palestin ke atas Baitulmaqdis, menuduh solidariti dunia Islam sebagai “naratif ciptaan media” dan melabel perjuangan Palestin sebagai anti-Semitik dan bodoh.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat