Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan hari ini menyaksikan bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut dinobatkan menjadi tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan buat tahun 1447 Hijrah/ 2025 Masihi.
Pengiktirafan yang penuh bermakna itu diberikan dek kerana sumbangan besar beliau dalam pembangunan syariah dan pendidikan Islam di negara ini termasuk kegiatan aktifnya dalam institusi fatwa dan hal ehwal agama.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang turut menzahirkan penghargaan kepada barisan tokoh-tokoh atas sumbangan besar mereka dalam memperkasa umat Islam di peringkat nasional dan antarabangsa.
Difahamkan, penerima anugerah diberi trofi, sijil penghargaan serta wang tunai, sebagai simbol penghormatan negara terhadap jasa dan perjuangan mereka.
Beliau yang merupakan anak kelahiran Segamat Johor dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Fewah Syariah Al-Islamiyyah dan Undang-Undang dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
Nooh Gadut pernah berkhidmat sebagai Mufti Johor ke-11 dari tahun 1999 hingga 2008 dan kini berperanan sebagai Penasihat Agama kepada Sultan Johor serta Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.
Baca juga: