KKD dan PDRM perkukuh kerjasama bendung penyebaran berita palsu

PETALING JAYA: Bagi memastikan maklumat sahih sampai kepada rakyat, Kementerian Komunikasi (KKD) akan terus memperkukuh hubungan strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerjasama erat itu penting dalam membendung penyebaran berita palsu serta kandungan berunsur hasutan atau melanggar undang-undang.

“Menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di pejabat saya, petang tadi.

“Insya-Allah, pihak kementerian akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan PDRM dalam menyampaikan maklumat sahih, dan menangani cabaran komunikasi era digital secara berkesan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Dalam pertemuan tersebut, Khalid turut menegaskan komitmen PDRM untuk memperkukuh kerjasama sedia ada, khususnya dalam konteks keselamatan digital yang semakin mencabar.

Jelasnya, keselamatan negara turut bergantung kepada keupayaan mengekang ancaman siber dan maklumat palsu yang berpotensi menggugat ketenteraman awam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat