Sering dikecam, tapi gaji DMA Islam cecah RM 15,000 sebulan

Oleh: Tyah Helmi

BARU-BARU ini pempengaruh dan usahawan, Aliff Awang mengejutkan rakyat Malaysia dengan mendedahkan gaji pempengaruh media sosial, DMA Islam sebanyak RM15,000 sebulan walaupun masih bergelar penuntut universiti.

Dalam satu hantaran ciapan di laman Thread, Aliff atau lebih dikenali dengan Opai menyatakan, walaupun DMA Islam sering mendapat kecaman orang ramai, hakikat gajinya melebihi gaji bulanan rakyat marhaen.

“Walaupun DMA Islam ni bekas pelajar Unisza, yang ambil bidang English dan sedikit pengajian komunikasi massa, gajinya sekarang mencecah RM15,000 sebulan hasil jual kelas, kelas bimbingan dan personal coaching dan pemasaran kendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Opai menyarankan ada beberapa perkara yang boleh dipelajari dan diamalkan daripada tingkah laku pemasaran DMA Islam itu di dalam pengamalan berniaga.

“FYP dia viral sebab branding berani mati.

“Ada benda boleh amik daripada dia, ada yang korang jangan amik, meh aku jelaskan,” ujarnya yang menekankan penuntut di luar sana perlu memulakan ‘karier’ sejak awal lagi dan tidak menunggu sehingga tamat pengajian,” katanya.

Katanya lagi, dengan menuntut ilmu pemasaran, penjualan dan kemahiran membuat hantaran kandungan tanpa perlu memburukkan orang ramai demi menaikkan imej sendiri.

Untuk rekod, DMA Islam adalah seorang pempengaruh media sosial yang aktif di laman TikTok dan Instagram di bawah akaun @dma_islam serta sering mencipta pelbagai kontroversi yang menarik perdebatan awam.

Antaranya ialah berkongsi video tentang ulasan isu semasa dan konten provokatif atau satira. Sehingga hari ini, Dma memiliki pengikut lebih 26,100 orang di Instagram dan 195,000 orang di TikTok.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat