Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Malaysia masih mempunyai ruang untuk berunding bersama Amerika Syarikat (AS) sebelum pelaksanaan tarif import sebanyak 25 peratus itu dikuatkasakan pada 1 Ogos ini.
Beliau berkata demikian seusai pertemuan bersama Setiausaha Negara AS, Marco Rubio pada Khamis.
“Rubio memaklumkan bahawa surat daripada Presiden AS, Donald Trump itu hanyalah pemberitahuan umum, dan Malaysia masih mempunyai tempoh kira-kira sebulan untuk mengadakan rundingan,” ujar Anwar.
Perdana Menteri mendedahkan bahawa, Rubio mengakui Malaysia merupakan antara rakan dagang penting bagi AS di rantau Asia Tenggara, dan pihak Washington dan bersedia mempertimbangkan pandangan serta maklum balas daripada pihak Malaysia.
Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan pelaksanaan tarif import ke atas beberapa negara termasuk negara-negara ASEAN, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos.
Dalam kenyataan rasmi yang dimuat naik ke platform Truth Social pada Selasa, Trump memaklumkan bahawa Malaysia akan dikenakan tarif sebanyak 25 peratus, sebagai sebahagian daripada langkah baharu dalam dasar perdagangan AS terhadap beberapa negara rakan dagang utama.
Langkah itu mencetuskan kebimbangan terhadap impak ekonomi serantau, namun kerajaan Malaysia yakin masih ada ruang diplomatik untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak.
Baca juga:







