KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman istimewa apabila memuat naik poster misteri di laman Facebooknya malam tadi.
Beliau memberi bayangan mengenai penghargaan khas yang akan diberikan kepada pihak yang identitinya tidak didedahkan kepada umum.
Beliau yang juga Menteri Kewangan turut mengajak orang ramai untuk menantikan kejutan yang bakal menemui orang ramai tidak lama lagi itu.
“Akan datang, suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku,” katanya.
Ahli Parlimen Tambun itu juga tidak memperincikan penjelasan lanjut, sekali gus mengundang reaksi balas yang pelbagai dalam kalangan pengikut, di ruangan komen.
Dengan mesej di bawah inisiatif Malaysia Madani, serta Malaysia Bersamamu dikatakan ia mungkin merujuk kepada bantuan kewangan yang mungkin (diberi dalam) bentuk bantuan tunai tambahan atau insentif rakyat; pengumuman ekonomi seperti penurunan cukai, subsidi atau inisiatif perumahan.
Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan tertutup bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung hampir dua jam mulai jam 3.45 petang di Kompleks Seri Perdana, di sini pada Isnin.








