Tarian ghairah dan minuman pelik, pengasas eHati direman bersama 4 lain

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mereman sepasang suami isteri yang juga pengasas program eHati bersama empat lagi individu lain selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Memetik berita tempatan, perintah remah itu dikeluarkan oleh Majistret Ameera Mastura pada Khamis di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Difahamkan, kesemua suspek yang berusia 26 hingga 57 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengaibkan kehormatan seseorang, Seksyen 294 Kanun Keseksaan iaitu berkelakuan tidak senonoh dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Selain itu, peguam yang mewakili kesemua suspek itu memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan mengkaji semula keputusan reman terbabit.
“Salah seorang anak guam saya sudah mengemukakan laporan perubatan kerana tidak sihat, namun tidak diterima mahkamah.

“Sebab itu kami memfailkan permohonan mengkaji semula keputusan itu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Shah Alam, menurut Berita Harian.
Suami isteri pengasas program motivasi itu dilaporkan ditahan semalam selepas memberikan keterangan di IPD Petaling Jaya.

Sebelum ini, tular sebuah satu hantaran di Facebook mendakwa program eHati yang diadakan khas untuk peserta wanita di Shah Alam melibatkan pengasas dan fasilitator program menanggalkan pakaian mereka, dan kemudiannya menari bersama-sama peserta lain.

Peserta yang hadir juga diminta meminum sejenis air yang didakwa menyebabkan perubahan emosi dan rasa ghairah.

Hantaran berkenaan juga mendakwa pengasas program itu kemudian menari bersama seorang lagi ahli wanita yang lain dalam keadaan mengghairahkan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat