Sultan Selangor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah Al Haj mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 di Istana Negara hari ini.

Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Turut berangkat, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib.

Selain itu turut hadir Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri serta wakil premier Sarawak.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Majlis Raja-Raja dijangka membuat keputusan dan mengumumkan pelantikan Ketua Hakim Negara hari ini.

Perdana Menteri turut mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan Majlis Raja-Raja pagi semalam.

Untuk rekod, kali terakhir mesyuarat berkenaan diadakan pada 5 Februari yang lalu dipengerusikan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Anda Mungkin Berminat