PETALING JAYA: Satu mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meneliti pelbagai cadangan pembangunan yang merangkumi aspek perancangan guna tanah dan Rancangan Struktur Negeri.
Ia selaras dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Susulan pencapaian Malaysia yang melonjak 11 anak tangga dalam IMD World Competitiveness Ranking 2025 (Ranking Daya Saing Dunia 2025), daripada kedudukan ke-34 ke tangga ke-23 yakni kedudukan terbaik dalam tempoh lima tahun.
Mengulas kejayaan itu, Perdana Menteri menyeru semua pihak agar terus memperkukuh usaha memperbaiki iklim perniagaan di Malaysia.
“Saya menyeru pihak terbabit terus memperkukuh tekad dan usaha memperbaiki ‘ease of doing business’ di negara ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Beliau berkata, keperluan pelaksanaan reformasi menyeluruh terhadap tatakelola dan sistem penyampaian perkhidmatan awam agar lebih cekap, telus dan berintegriti.
“Langkah ini penting bagi menjamin kemakmuran negara, meningkatkan keyakinan pelabur dan yang paling utama, memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi teras utama pembangunan,” tegas beliau.








