IMPIAN beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun tidak kesampaian selepas tewas di tangan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho dan Seo Seung Jae dalam perlawanan akhir di Gimnasium Metropolitan Tokyo, hari ini.
Pasangan pilihan utama kejohanan itu tewas dalam dua set straight, 16-21, 17-21 dalam tempoh 47 minit, sekaligus menyaksikan gelaran edisi 2025 menjadi milik pilihan ketiga dari Korea Selatan.
Sze Fei-Izzuddin yang turun selaku juara bertahan dilihat sukar menandingi corak permainan pantas serta konsisten lawan yang hampir tidak melakukan kesilapan sepanjang perlawanan.
Kekalahan ini merupakan yang kedua buat pasangan Malaysia itu dalam tiga pertemuan menentang Kim-Seo, menjadikan rekod semasa memihak kepada beregu Korea Selatan dengan kedudukan 2-1.
Tahun lalu, Sze Fei-Izzuddin mencuri tumpuan apabila menjuarai Terbuka Jepun 2024 dengan menewaskan pasangan Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto – kemenangan yang dianggap mencetus semangat baharu dalam arena beregu lelaki Malaysia di pentas antarabangsa.
Baca juga;