KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang usul undi tidak percaya diterima sepanjang persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-15 yang berlangsung selama 24 hari sehingga 28 Ogos depan.
Dalam pengumuman rasmi ketika membuka tirai sidang, Johari berkata, fokus sesi kali ini adalah kepada urusan-urusan penting yang telah ditetapkan termasuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU), perbahasan usul berkaitan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), serta Laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2025 dan laporan tahunan SUHAKAM.
Beliau turut memaklumkan mesyuarat dijangka berlangsung hingga lewat malam setiap hari bagi memastikan semua agenda dapat diselesaikan dengan teratur dan menyeluruh.
Kenyataan tersebut sekali gus menafikan dakwaan pihak pembangkang yang sebelum ini menguar-uarkan kononnya wujud sokongan dalam kalangan ahli Dewan untuk menjatuhkan kerajaan menerusi undi tidak percaya.
Terdahulu, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa bahawa sudah tiba masanya usul undi tidak percaya dikemukakan dan dicadangkan untuk dilakukan secara sulit, kononnya bagi membolehkan perubahan kepimpinan negara.
Namun setakat hari pertama sidang berlangsung, tiada satu pun usul seperti itu diterima oleh pihak Parlimen.
Baca juga:








