PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang ke-66.
Ucapan itu ditujukan kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, selaku Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang Darul Makmur.
Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar turut merafak sembah dan menzahirkan penghargaan atas kepimpinan Tuanku yang berterusan menjunjung kedaulatan dan kesejahteraan rakyat negeri Pahang.
“Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Kebawah Duli Paduka Baginda dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya,” katanya.
Beliau turut mendoakan agar Baginda dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta terus bersemayam dalam kemuliaan dan kedaulatan.
“Dirgahayu Tuanku,” kata Anwar mengakhiri ucapannya.








