Polis Bongkar Stor Dadah RM17.78 Juta, Turut Tumpas Sindiket Ganja RM1.48 Juta

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar stor simpanan dadah jenis syabu dan ketamin bernilai RM17.78 juta dalam satu serbuan besar-besaran di sekitar ibu negara, baru-baru ini.

Kejayaan itu turut disusuli dengan penumpasan sindiket pengedaran bunga ganja bernilai RM1.48 juta, hasil risikan rapi dan kepakaran pasukan Narkotik Bukit Aman serta Polis Kuala Lumpur.

“Serbuan ini bukan sahaja melumpuhkan rangkaian sindiket tempatan dan antarabangsa, malah berjaya menyelamatkan ribuan nyawa daripada terjebak dengan penyalahgunaan dadah,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan.

Operasi berskala besar
sidang media khas diadakan bagi mengumumkan kejayaan JSJN dalam beberapa siri operasi yang menyasarkan sindiket dadah berskala besar di ibu negara, hasil risikan sejak beberapa minggu lalu.

Antara yang hadir ialah Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, Ketua Penolong Pengarah JSJN Bukit Aman, Jasmirol Jamaluddin dan Ketua JSJN Kuala Lumpur, Zulkepli Hashim.

Anda Mungkin Berminat