Ahmad Redza Abdullah Dilantik Pengerusi KTMB Baharu

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melangkah ke era baharu dengan pelantikan Datuk Ahmad Redza Abdullah sebagai Pengerusi syarikat bermula Ogos, menggantikan Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin yang menamatkan tempoh perkhidmatannya.

Pelantikan itu menandakan permulaan fasa transformasi korporat yang lebih dinamik dan inklusif, dengan harapan memperkukuh tadbir urus serta mempercepat kemajuan industri rel negara.

Ahmad Redza bukan nama asing dalam dunia guaman dan korporat.

Beliau merupakan pengasas bersama firma Messrs. Shahrizat Rashid & Lee dan kini mengetuai REC Legal sebagai Rakan Kongsi Pengurusan.

Dengan lebih tiga dekad pengalaman dalam litigasi berprofil tinggi dan strategi korporat, beliau diyakini mampu membawa KTMB ke tahap yang lebih tinggi.

Dalam masa yang sama, Ketua Pegawai Teknikal KTMB, Ir Ahmad Nizam Mohamed Amin, dilantik sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Beliau mengambil alih peranan daripada Datuk Mohd Rani Hisham, yang dihargai atas sumbangan besarnya dalam memperkukuh operasi dan perkhidmatan rel negara.

Anda Mungkin Berminat