DOSM: Harga besi catat penurunan di beberapa negeri

PUTRAJAYA: Indeks harga seunit besi menunjukkan penurunan antara 0.2 peratus hingga 3.5 peratus pada Julai 2025, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin memaklumkan penurunan tertinggi direkodkan di Kuching iaitu 3.5 peratus, diikuti Sibu sebanyak 1.5 peratus serta Selangor, WP Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan sebanyak 0.8 peratus.

“Perubahan harga ini mencerminkan situasi bekalan semasa serta faktor pasaran global,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebaliknya, beberapa kawasan seperti Perak, Terengganu dan Kelantan mencatat peningkatan kecil harga besi antara 0.3 peratus hingga 1.2 peratus.

Indeks harga simen dan pasir kekal stabil di kebanyakan kawasan, kecuali kenaikan kecil di Sabah dan Sarawak.

Manakala indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) termasuk bar keluli mencatat peningkatan sehingga 3.5 peratus di Semenanjung kecuali Selangor dan beberapa negeri lain.

IKB di Sabah dan Sarawak pula menunjukkan pola bercampur dengan penurunan kecil di Kuching dan Sandakan, serta peningkatan di Miri dan Tawau.

Laporan ini diterbitkan ketika Malaysia menjadi Pengerusi ACSS15, di samping pencapaian tertinggi global dalam ODIN 2024/25 serta sambutan Hari Statistik Negara pada 20 Oktober ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat