Inkues Kematian Zara Qairina Akan Dijalan – Jabatan Peguam Negara

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk mengadakan prosiding inkues bagi menyiasat kematian tragis Zara Qairina yang berlaku pada 12 Ogos lalu.

Keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), susulan perhatian meluas terhadap insiden tersebut.

Menurut kenyataan rasmi jabatan berkenaan, inkues akan dijalankan mengikut peruntukan subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

“Prosiding ini bertujuan menentukan punca dan sebab kematian, termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya,” kata kenyataan tersebut.

Inkues akan dikendalikan oleh Mahkamah Koroner secara bebas dan telus, selaras dengan prinsip keadilan dan ketelusan undang-undang.

Keputusan untuk mengadakan inkues diyakini dapat memberikan kejelasan kepada keluarga mangsa serta masyarakat umum mengenai keadaan sebenar yang membawa kepada kematian Zara.

Zara Qairina sebelum ini dilaporkan meninggal dunia di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Sabah di mana satu kejadian yang mencetuskan kebimbangan awam dan mendorong PDRM mengambil alih siasatan pada peringkat tertinggi.

Anda Mungkin Berminat