Ahmad Marzuk digantung dua hari daripada sidang Dewan Rakyat

PARLIMEN | Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary digantung menghadiri sidang Dewan Rakyat selama dua hari selepas enggan mematuhi arahan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Alice Lau.

Insiden itu berlaku ketika sesi penggulungan apabila Ahmad Marzuk beberapa kali mencelah ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Alice sebelum itu mengarahkan Ahmad Marzuk keluar dewan selama 30 minit, namun beliau tetap terus bercakap meskipun mikrofon sudah dimatikan.

“Tadi saya kata 30 minit, tetapi YB masih terus bercakap tanpa kebenaran. Mahu dua hari?” soal Alice yang disambut sokongan beberapa Ahli Parlimen lain.

Beliau kemudian memutuskan untuk menggantung Ahmad Marzuk selama dua hari sebelum Ahli Parlimen itu diiring keluar.

Tindakan itu dibuat mengikut peraturan mesyuarat bagi memastikan kelancaran perjalanan sidang Dewan Rakyat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat